Wednesday, 8 June 2016

Aurat..dah tutup?

credit to the Hijabi Hijab Campaign for the image.

Pagi tadi terbaca post blog Vivy Yusoff yang famous tu about Ramadhan Checklist. Saya suka bahagian bila dia kata orang kita selalu nak logik bila nak buat sesuatu suruhan Allah. Logik seperti, bila lapar kita makan. Macamtu jugak logik yang kita cari bila nak menutup aurat. Dah ada rambut cantik, badan cantik..kenapa nak tutup pulak? Allah menyuruh wanita menutup aurat untuk menjaga kehormatan dirinya dan bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu sendiri. Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang membaca. Dahtu, siapala kita nak logik-logik dengan Allah swt? Are you sure you can have tomorrow's breakfast? Only He Knows. Maka..TAATLAH!

Saya mula bertudung masa tingkatan 2. Saya sekolah convent jadi waktu tu, kalau bulan puasa..semua pelajar beragama Islam kena pakai tudung. Habis bulan ramadhan, boleh bukak. Tapi pakai waktu sekolah ja. Kalau pi aktiviti petang pun tudung terbang. Betul-betul pakai bila masuk MRSM. Alhamdulillah Allah pilih masuk sekolah yang baik dan jumpa kawan-kawan yang baik. Saya tauladani mereka. Tapi masih belum menutup penuh aurat. Bila berkawin dengan en.din, baru saya menutup aurat sepenuhnya.

Sekarang memakai tudung adalah suatu fesyen. Kita dapat lihat pemakai tudung masih berpakaian ketat..tudung kecik...setakat menutup leher. memakai baju melekat dibadan atau lengan baju sangat pendek Bukan begitu ya adik-adik. Gambar illustration kat atas tu is best to describe. Jom sama-sama kita ikut. 


Sebagai wanita, kita perlu sensetif dengan apa yang kita nak pakai. Bila berjubah, pastikan material tidak menampakkan bentu badan. Somewhere minggu lepas saya ternampak sorang makcik berjubah princess..warna emerald green tapi nampak jelas bentuk seluar dalam yang dia pakai. Saya pulak yang rasa malu. Even tudung instant yang bersaiz besar kita kena careful dengan material dia. Bila dia besar..labuh..sometimes it can clearly menampakkan bentuk dada.Pakai tudung pun tak boleh sanggul tinggi2 yang adik-adik. Haram tu.  

Sama-samalah kita memperbaiki diri dan mentaati Allah swt.

sekian nukilan petang posa hari ke-3.
Fiza Rahman
Ustazah Jadian

No comments:

Post a Comment