Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Assalamualaikum semua. Hari ni dah Khamis. Cepat betui masa berlalu. Sekarang ni rasa heaven betui bawak kereta pagi-pagi. Jalan tak jem. Kan sekarang musim cuti sekolah. Memang kereta tak banyak kat jalan pagi-pagi.
 |
| Produk Adabi |
 |
| Produk Mudim |
Pilihan yang lebih baik. Itu yang saya nak share dekat blog hari ni. Alhamdulillah..harini dah banyak produk muslim dekat pasaran. Kami sekeluarga banyak pakai produk muslim. InsyaAllah, itu pilihan yang lebih baik bila pengendali makanan kita pun orang Islam. InsyaAllah tau halal haramnya. Sekarang dekat rumah, dari Jenama Faiza saya beli beras, rempah-ratus, bihun dengan tepung gandum. Garam dari Halagel. Sos dengan kicap pun dah banyak pilihan.kalau kat Kedah ni. Kopi produk tempatan pun banyak. Yang femes Kopi Cap Raga. Minuman coklat pulak kami ambik Tamar Cocoa.
 |
| Tamar Cocoa |
 |
| Sedap berkrim |
Dah femes dah Tamar Cocoa ni. Tamar Cocoa adalah minuman premix koko dengan campuran kurma. Tak rasa sangat pun kurma tu. Just rasa chocolate drink yang sedap. Lemak berkrim. Packaging dia ada loose 900gram atau sachet 20 bungkus. Jadi kalau nak travel, senang nak bawak yang sachet tu. Sebab dia adalah premix, kita bancuh terus ja. Tak payah nak tambah susu atau gula dah. Kalau kat rumah saya, lagi laku Tamar Cocoa sejuk. Saya
buat satu kole dan simpan kat peti ais. Satgi boleh tengok anak-anak
ulang bukak peti ais.
Tamar Cocoa ni produl Al-Haddad Marketing. Alhamdulillah, saya baru check..untuk Tamar Cocoa ni, dah ada pensijilan halal dari JAKIM expired 31 Ogos 2017.
Since dok beli Tamar Cocoa, kami decide nak jual jugak. Jadi kalau anda yang berminat, details seperti berikut:
Hubungi/wassup 019-4244272
Harga RM22.00 untuk 900gram atau 20 sachet.
*tidak termasuk harga postage.
That's all for now. Assalamualaikum.
Ya Allah! Ampunkan dosaku serta dosa kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagimana mereka mengasihaniku semasa kecil.
Assalamualaikum semua. Dah tengahari ni. Mak-mak kat rumah mesti sibuk memasak waktu ni. Saya pun kalau hari cuti, waktu ni tengah ligat berkawat kat dapuq. Saya suka memasak. Tapi takla pandai mana pun. Masak yang sempoi-sempoi ja. Alhamdulillah dapat husben yang tak cerewet. Masak apa pun dia makan. Waktu petang pulak, saya suka buat cucuq. Kuih minum petangla maksudnya tu. Cucuq yang selalu saya buat antaranya cucuq ikan bilis, cucuq jagung buh udang, kalau rajin lagi..saya buat karipap kentang.
Cara saya buat cucuq ikan bilis:
Cucur Ikan Bilis Cik Fiza
Bahan-bahan
Sejemput ikan bilis - lagi banyak, lagi sedap. Basuh bersih dan rendam sekejap untuk lembutkan sedikit.
1 labu bawang besaq - hiris halus
1 cawan tepung gandum
1 biji cabai kering -gunting halus. rendam air panas
sedikit daun sup atau daun bawang. - hiris halus
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit perasa HILAL
ayaq suam
minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya.
Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk (kecuali air suam). Cabai kering tu ambik cabainya saja ya. Ayaq dengan bijik cabai kita takmau. Garam, HILAL dengan kunyit, sesedap rasa. Jangan terlebih garam sebab ikan bilis pun rasa masin. Then kita bancuh dengan ayaq suam tu. Bancuh tu secukup rasa. Tak terlalu lembut (watery) atau tidak terlalu keras jugak. Sedang-sedang ja.
Kadang-kadang lepas bancuh saya bagi tepung releks sat. Selalu tengok chef kat tv buat macamtu. Saya assume bancuhan akan lebih mesrala. Dah cukup bertenang, panaskan minyak..dan goreng. Saya selalu pakai sudu untuk goreng cucuq ni. Ambik satu sudu..tuang dalam minyak pelan-pelan, lepastu saya leperkan dengan sudu. Tujuan buat macamni sebab nak cucuq yang leper. Bila leper, lebih crunchy. Goreng sampai warna golden, siap. Angkat. Tos dengan tisu. Makan cicah sos. yummmmm
Next time nak kena ambik gambaq. Jom cuba. Resepi sempoi ja.
Assalamualaikum.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah..cuaca elok pagi ni. Abang dengan kakak pun mood baik. Senang ja depa nak mangkit sembahyang subuh pagi ni. Pagi ni saya buat bekal grill chicken sandwich dengan ayaq teh O untuk husben. Suka dia. Canggih sangat. Tapi itulah..kerajinan tu tak datang hari-hari. Saya pun bawak bekal harini. Harini bawak nasik putih dengan paprik ayam.
Banyak benda terjadi dalam hidup kami recently. 6 November 2015 baru ni, Tok Puan meninggal. Tok Puan ni, emak kepada ayah saya. Nama dia Che Puan. Tu yang kami panggil Tok Puan. Tok meninggal hari Khamis petang, dikebumikan hari Jumaat. Meninggalnya Tok Puan, maka habisla tok dan tokwan on both sides of my parents. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.
Hari Khamis last week..adik saya, Illa memulakan hidup baru di Kuching, Sarawak. She was transferred there. Dengan penuh kegigihan, dia fly to Kuching dua beranak. Husben pulak kerja kat Johor. Doa saya tak henti untuk mereka sekeluarga. Semoga Allah permudahkan urusan dan Allah pelihara keselamatan diri.
Naqib..anak Kak Ngah. Yesterday start school orientation. Mama dia register chinese school. Kak Ngah ada share gambaq Naqib pakai school uniform kemarin. Hensem betui tengok. Naqib ni lembut kalau nak compare dengan Abang Syahmi. Adik saya kena kejutan budaya sebab first time anak masuk sekolah kan. Saya dah pesan banyak kali kat dia..dia kena bertambah-tambah gigihla anak dah start sekolah. Pada saya, kalau nak anak-anak berjaya..mak bapak kena excellent. Kena pulun sama.
Sahabat saya masa sekolah kat Kelantan dulu hantaq long message dekat group wassup class kami. Dia memang tak sihat. Due for an operation dan memang already on dialysis. Tapi dia baru share news, dia decide not to proceed with the operation sebab dia very weak and fragile now. She want to live the life to the fullest with all the time she has. Kalau operate, perlu at least one year to recover. SubhanAllah. Berat sungguh ujian yang Allah beri pada dia. Walaupun macamtu, husben tetap setia disisi. Hebat betui kasih sayang depa dua. Terkedu saya dan husben tengok masa kami pay a visit last year. Saya share news dekat husben dan kami harap, ada rezeki lagi nak pi ziarah depa dua laki bini. Semoga Allah permudahkan urusan depa dua jugak.
That is all for now. Take care. Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim ~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
 |
| Gunung Jerai |
Harini 23 November 2015 saya memulakan blog ini. Niat nak ada blog sendiri pasang surut. Ada masa rasa you are years too late nak berblog tapi ada masa rasa, tak rugi mencuba. Jadi saya nak gunakan blog ini untuk kongsi cerita kehidupan, masak-masak, nak berniaga dan lain-lain. Slow-slow kita buat.
Kita start dengan introduction la kan. Saya Fiza, bekerja, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Husben saya nama En.Din. Anak kami Muhammad Syahmi(Abang), Imanina(Kakak) dan Aqilah(Adik). Saya dan husben kerja office hours; Ahad-Khamis sebab kami duduk kat Kedah. Dia government servant saya pulak di private sector. Abang dengan Kakak dah sekolah. Adik ja yang masih bersuka ria lepak kat rumah babysitter.
19 November 2015 haritu last day sekolah anak-anak. Waahhh..syok sakan la abang dengan kakak. Boleh main sampai lebam. Tak kata kat depala..the last 2months, saya betui-betui intensive tuisyen kat rumah. Harap both dapat better result. Alhamdulillah. Allah mesti bagi hasil yang baik setelah kita berusaha. Saya dan husben cakap dekat anak-anak..kena usaha sungguh-sungguh lepastu apa pun dapat kami terima.
Abang tahun depan dah darjah 4, kakak pulak darjah 2. Sat ja rasa. Dah besaq budak-budak tu. Depa pun dah bawak balik buku teks tahun depan. Buku abang elok-elok tapi si kakak, buku yang dia dapat terukla jugak. Kesian tengok muka kecewa dia tengok buku koyak-koyak. Ada yang saya nak mintak tukaq dengan cikgu lepastu ingat satu dua buku yang core subject, nak beli baru. Saya dah survey harga, tak mahal sangat. Saja nak bagi dia syok and semangat. Ingat weekend ni nak ajak husben pi beli stationary termasuklah pembalut buku. Nak start balut sikit-sikit. Banyak jugak tu kalau nak balut buku dua beradik.
Baju sekolah pun semua nak kena tukar baru. Si abang dapat jadi pengawas. Kena pakai baju long sleeve biru siap ada blazer. Jenuh hangatla anak oii. Si kakak pulak, baju last year semua dah singkat. Kui panjang budak tu. Siapla duit. Tapi beg tak perlu baru. Stationary pun nak top up ja. Kita jimat mana yang boleh.
Ok..cukuplah dulu untuk first entry. Assalamualaikum.