| Gunung Jerai |
Harini 23 November 2015 saya memulakan blog ini. Niat nak ada blog sendiri pasang surut. Ada masa rasa you are years too late nak berblog tapi ada masa rasa, tak rugi mencuba. Jadi saya nak gunakan blog ini untuk kongsi cerita kehidupan, masak-masak, nak berniaga dan lain-lain. Slow-slow kita buat.
Kita start dengan introduction la kan. Saya Fiza, bekerja, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Husben saya nama En.Din. Anak kami Muhammad Syahmi(Abang), Imanina(Kakak) dan Aqilah(Adik). Saya dan husben kerja office hours; Ahad-Khamis sebab kami duduk kat Kedah. Dia government servant saya pulak di private sector. Abang dengan Kakak dah sekolah. Adik ja yang masih bersuka ria lepak kat rumah babysitter.
19 November 2015 haritu last day sekolah anak-anak. Waahhh..syok sakan la abang dengan kakak. Boleh main sampai lebam. Tak kata kat depala..the last 2months, saya betui-betui intensive tuisyen kat rumah. Harap both dapat better result. Alhamdulillah. Allah mesti bagi hasil yang baik setelah kita berusaha. Saya dan husben cakap dekat anak-anak..kena usaha sungguh-sungguh lepastu apa pun dapat kami terima.
Abang tahun depan dah darjah 4, kakak pulak darjah 2. Sat ja rasa. Dah besaq budak-budak tu. Depa pun dah bawak balik buku teks tahun depan. Buku abang elok-elok tapi si kakak, buku yang dia dapat terukla jugak. Kesian tengok muka kecewa dia tengok buku koyak-koyak. Ada yang saya nak mintak tukaq dengan cikgu lepastu ingat satu dua buku yang core subject, nak beli baru. Saya dah survey harga, tak mahal sangat. Saja nak bagi dia syok and semangat. Ingat weekend ni nak ajak husben pi beli stationary termasuklah pembalut buku. Nak start balut sikit-sikit. Banyak jugak tu kalau nak balut buku dua beradik.
Baju sekolah pun semua nak kena tukar baru. Si abang dapat jadi pengawas. Kena pakai baju long sleeve biru siap ada blazer. Jenuh hangatla anak oii. Si kakak pulak, baju last year semua dah singkat. Kui panjang budak tu. Siapla duit. Tapi beg tak perlu baru. Stationary pun nak top up ja. Kita jimat mana yang boleh.
Ok..cukuplah dulu untuk first entry. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment