Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah diatas nikmat dan kurnia yang Allah berikan harini. Harini datang reja sendiri lagi. Husben masuk ofis. Anak2 pakat tidoq lambat semalam..harini mengeliatla nak mangkit. Si kecik siap reyau kata mama silap ikat rambut. Sabaq ja la. Cari modai nak reyau la tu.
Cerita weekend..hari jumaat kami balik kampung husben, Sg.Pial. SILs and family balik. Kami balik sampai ngam2 sembahyang jumaat. So saya drop husben and anak laki kat masjid, then saya and the girls pi beli ayam goreng and cucuq peneram. Balik rumah kampung, kak ipaq pun beli benda sama. Jenuh makan 😀. Balik kampung makan melepak ja. Pukui 7ptg, kami balik ke pangkal jalan.
Malam tu, ada bola Piala Sumbangsih; Kedah vs JDT. Hoii..anak laki dengan husben memangla hantu bola. Then anak menakan pun nak mai join tengok bola. Saya pun buatla cucuq jagung berudang mabeles. Kedah menang kot. Menang penalti. yeaaa.
 |
| Kedah Serata Rata |
Hari Sabtu, husben bawak anak2 pi main bandminton. Saya tak ikut sebab nak buat reja rumah. Baju belambakkkk nak kena basuh and sidai. Terbengkalai baju2 tu sebab lately duk hujan. Mujuq kemarin (Sabtu), hujan sikit ja. So saya sidai baju, and pasang kipas. Nak bagi cepat kering. Gigih. Then ada jugak aktiviti vacuum rumah, cuci bilik ayaq, iron baju and lipat baju. By the time nak tidoq, bahu dengan lengan rasa sakit. Terlebih buat reja..Mari berdoa, ada kilogram drop, hahaha.
Harini bekai sekolah anak, nasi putih + teloq kurma. Lupa ambik gambaq jugak. Actually kalut pagi2. Takdan aih nak ambik gambaq.
Ok. later people.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dah hari Khamis dah. Esok cutiii. Nice.
Harini mai reja sendiri. Husben pi reja naik moto. Pesan dah sampai, wassup. Senyap ja. So lepas breakfast tadi, teponla. Dia kata lupa. haihhh..kita risau kat dia. But alhamdulillah dah sampai opis.
Abang and kakak ada tuition harini. So petang satgi, lepas ambik adik..kena fetch anak2 besaq pulak. Sure lambat sampai rumah. Depa habih tuition pun dah pukui 7ptg. Nak bagi makan apala anak2 burung tu. Satgi sampai rumah sure reyau lapaq..lapaq.
Pagi tadi buat bekai nasi + ayam sweet sour untuk kakak and abang. Should practice untuk ambik gambaq kejadian. So no pics. again. Minggu ni alhamdulillah. Hari2 bagi bekai kat depa dua. Kemarin kan habaq nak target simpan duit RM100 sebulan. Ini antara langkah penjimatan bagi memantapkan ekonomi keluarga kami. haaa...canggih.
ok. later people.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah..harini hari ke-18 tahun 2017. Tapi sat sungguh rasa. Esok lusa dah masuk bulan February dah. Posa ganti pun tak habih lagi nih. Jemmm.
2016 kami diakhiri dengan penuh kesibukkan. Boleh masuk buku rekod..cuti sekolah paling banyak kenduri tok nenek. Every week ambik cuti hari Ahad sebab here and there ada kenduri. Series gain additional 3kg. Double jemm. Dengan ada downtime at work. SubhanAllah..ujian. berkampung diofis 2 hari. Alhamdulillah dah settle.
Disebabkan terlampau sibuk dengan kerja and kenduri..preparation sekolah seriously was done the very last minute. Usually saya akan ajak husband untuk buat sikit2 dari awal. Dasyat betul pukulan kesibukan end of 2016. Tapi terasa betul mahalnya segala2 barang sekarang. Semoga Allah memberkati rezeki kita semua. haihhh...mengeluh teringat ikan temenung rm16 sekilo beli hari Ahad lepas.
So..merujuk kepada tajuk entry..apakah azam 2017? Tak cerita kat orang pun pasai target ni..more to cakap sorang2. But why not, I put it here untuk self reference. So..here goes:
1. Saya berazam nak sembahyang diawal waktu. Full stop.
2. Saya nak save RM100 monthly.
3. I want to loose weight. Sekarang weight 81kg. Nak turun maybe jadi 78? Apa ker teruk sgt. ciput pun takleh buat. Bertabahla.
Ok Sekian dulu. Nak cari gambaq best tempek sini.
 |
| saya suka makan. sob. |