Saturday, 21 January 2017

Piala Sumbangsih; Kedah vs JDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah diatas nikmat dan kurnia yang Allah berikan harini.  Harini datang reja sendiri lagi. Husben masuk ofis. Anak2 pakat tidoq lambat semalam..harini mengeliatla nak mangkit. Si kecik siap reyau kata mama silap ikat rambut. Sabaq ja la. Cari modai nak reyau la tu.

Cerita weekend..hari jumaat kami balik kampung husben, Sg.Pial. SILs and family balik. Kami balik sampai ngam2 sembahyang jumaat. So saya drop husben and anak laki kat masjid, then saya and the girls pi beli ayam goreng and cucuq peneram. Balik rumah kampung, kak ipaq pun beli benda sama. Jenuh makan 😀. Balik kampung makan melepak ja. Pukui 7ptg, kami balik ke pangkal jalan.

Malam tu, ada bola Piala Sumbangsih; Kedah vs JDT. Hoii..anak laki dengan husben memangla hantu bola. Then anak menakan pun nak mai join tengok bola. Saya pun buatla cucuq jagung berudang mabeles. Kedah menang kot. Menang penalti. yeaaa. 

Kedah Serata Rata
Hari Sabtu, husben bawak anak2 pi main bandminton. Saya tak ikut sebab nak buat reja rumah. Baju belambakkkk nak kena basuh and sidai. Terbengkalai baju2 tu sebab lately duk hujan. Mujuq kemarin (Sabtu), hujan sikit ja. So saya sidai baju, and pasang kipas. Nak bagi cepat kering. Gigih. Then ada jugak aktiviti vacuum rumah, cuci bilik ayaq, iron baju and lipat baju. By the time nak tidoq, bahu dengan lengan rasa sakit. Terlebih buat reja..Mari berdoa, ada kilogram drop, hahaha.

Harini bekai sekolah anak, nasi putih + teloq kurma. Lupa ambik gambaq jugak. Actually kalut pagi2. Takdan aih nak ambik gambaq. 

Ok. later people. 

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment