Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah..cuaca elok pagi ni. Abang dengan kakak pun mood baik. Senang ja depa nak mangkit sembahyang subuh pagi ni. Pagi ni saya buat bekal grill chicken sandwich dengan ayaq teh O untuk husben. Suka dia. Canggih sangat. Tapi itulah..kerajinan tu tak datang hari-hari. Saya pun bawak bekal harini. Harini bawak nasik putih dengan paprik ayam.
Banyak benda terjadi dalam hidup kami recently. 6 November 2015 baru ni, Tok Puan meninggal. Tok Puan ni, emak kepada ayah saya. Nama dia Che Puan. Tu yang kami panggil Tok Puan. Tok meninggal hari Khamis petang, dikebumikan hari Jumaat. Meninggalnya Tok Puan, maka habisla tok dan tokwan on both sides of my parents. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua.
Hari Khamis last week..adik saya, Illa memulakan hidup baru di Kuching, Sarawak. She was transferred there. Dengan penuh kegigihan, dia fly to Kuching dua beranak. Husben pulak kerja kat Johor. Doa saya tak henti untuk mereka sekeluarga. Semoga Allah permudahkan urusan dan Allah pelihara keselamatan diri.
Naqib..anak Kak Ngah. Yesterday start school orientation. Mama dia register chinese school. Kak Ngah ada share gambaq Naqib pakai school uniform kemarin. Hensem betui tengok. Naqib ni lembut kalau nak compare dengan Abang Syahmi. Adik saya kena kejutan budaya sebab first time anak masuk sekolah kan. Saya dah pesan banyak kali kat dia..dia kena bertambah-tambah gigihla anak dah start sekolah. Pada saya, kalau nak anak-anak berjaya..mak bapak kena excellent. Kena pulun sama.
Sahabat saya masa sekolah kat Kelantan dulu hantaq long message dekat group wassup class kami. Dia memang tak sihat. Due for an operation dan memang already on dialysis. Tapi dia baru share news, dia decide not to proceed with the operation sebab dia very weak and fragile now. She want to live the life to the fullest with all the time she has. Kalau operate, perlu at least one year to recover. SubhanAllah. Berat sungguh ujian yang Allah beri pada dia. Walaupun macamtu, husben tetap setia disisi. Hebat betui kasih sayang depa dua. Terkedu saya dan husben tengok masa kami pay a visit last year. Saya share news dekat husben dan kami harap, ada rezeki lagi nak pi ziarah depa dua laki bini. Semoga Allah permudahkan urusan depa dua jugak.
That is all for now. Take care. Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment