Ya Allah! Ampunkan dosaku serta dosa kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagimana mereka mengasihaniku semasa kecil.
Assalamualaikum semua. Dah tengahari ni. Mak-mak kat rumah mesti sibuk memasak waktu ni. Saya pun kalau hari cuti, waktu ni tengah ligat berkawat kat dapuq. Saya suka memasak. Tapi takla pandai mana pun. Masak yang sempoi-sempoi ja. Alhamdulillah dapat husben yang tak cerewet. Masak apa pun dia makan. Waktu petang pulak, saya suka buat cucuq. Kuih minum petangla maksudnya tu. Cucuq yang selalu saya buat antaranya cucuq ikan bilis, cucuq jagung buh udang, kalau rajin lagi..saya buat karipap kentang.
Cara saya buat cucuq ikan bilis:
Cucur Ikan Bilis Cik Fiza
Bahan-bahan
Sejemput ikan bilis - lagi banyak, lagi sedap. Basuh bersih dan rendam sekejap untuk lembutkan sedikit.
1 labu bawang besaq - hiris halus
1 cawan tepung gandum
1 biji cabai kering -gunting halus. rendam air panas
sedikit daun sup atau daun bawang. - hiris halus
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit perasa HILAL
ayaq suam
minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya.
Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk (kecuali air suam). Cabai kering tu ambik cabainya saja ya. Ayaq dengan bijik cabai kita takmau. Garam, HILAL dengan kunyit, sesedap rasa. Jangan terlebih garam sebab ikan bilis pun rasa masin. Then kita bancuh dengan ayaq suam tu. Bancuh tu secukup rasa. Tak terlalu lembut (watery) atau tidak terlalu keras jugak. Sedang-sedang ja.
Kadang-kadang lepas bancuh saya bagi tepung releks sat. Selalu tengok chef kat tv buat macamtu. Saya assume bancuhan akan lebih mesrala. Dah cukup bertenang, panaskan minyak..dan goreng. Saya selalu pakai sudu untuk goreng cucuq ni. Ambik satu sudu..tuang dalam minyak pelan-pelan, lepastu saya leperkan dengan sudu. Tujuan buat macamni sebab nak cucuq yang leper. Bila leper, lebih crunchy. Goreng sampai warna golden, siap. Angkat. Tos dengan tisu. Makan cicah sos. yummmmm
Next time nak kena ambik gambaq. Jom cuba. Resepi sempoi ja.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment